Isnin, Disember 31, 2007

Ingin Menjadi AJK Koperasi 2009

Kepada pelajar Tingkatan 2 dan Tingkatan 4 tahun 2009, pihak Koperasi SMKTBR (1) Hulu Selangor Berhad dalam proses mencari barisan AJK baru bagi membantu pengurusan koperasi melaksanakan aktiviti-aktiviti sepanjang tahun 2009. Tindakan ini diambil bagi membolehkan jawatan-jawatan yang dipegang oleh pelajar Tingkatan 5 dikosongkan. Adalah diharapkan pelajar-pelajar ini akan mempunyai banyak masa untuk membuat persediaan diri untuk menghadapi peperiksaan SPM yang tidak lama lagi.
Bagi pelajar-pelajar baru yang berminat, borang permohonan akan dimuat naik di dalam blog ini pada minggu kedua selepas cuti persekolahan penggal ke dua. Borang boleh dimuat turun bermula pada 25 Jun 2009. Pemilihan AJK akan dibuat berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan. Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada mana-mana guru koperasi atau boleh datang ke kaunter koperasi untuk berjumpa mana-mana AJK.

Ahad, Disember 30, 2007

Info Terkini - Senarai Harga Barang

Bagi kemudahan warga SMKTBR (1), anda boleh semak senarai harga barang. Sila klik di sini.

Pendaftaran Pelajar Ting. 1 - Dapatkan Keperluan Alat Tulis di Koperasi

Sempena Hari Pendaftaran pelajar baru Tingkatan 1 pada 31 Dis 2007, Koperasi SMKTBR (1) Hulu Selangor Bhd. akan dibuka bermula jam 9.00 pagi sehingga jam 3.00 petang. Sila dapatkan keperluan alat tulis dan buku persekolahan di koperasi pada waktu yang ditetapkan. Untuk rujukan harga, sila dapatkan Senarai Harga Barang Keperluan dari Pejabat Am, Guru Tingkatan atau Koperasi SMKTBR (1) Hulu Selangor Bhd. Berbelanja sambil berjimat.

Selamat Datang Ke Koperasi SMKTBR (1) Hulu Selangor Berhad


Koperasi SMKTBR (1) Hulu Selangor Bhd. ingin mengucapkan Selamat Datang kepada seluruh warga SMKTBR (1) dan bakal warga SMKTBR (1). Di sepanjang bulan Disember 2007 ini, pihak koperasi membuka perniagaan seperti yang dijadualkan.