Selasa, Disember 08, 2009

Pengambilan AJK & AJKK Baru Tahun 2010

Pihak pentadbiran koperasi membuka peluang kepada semua pelajar di sekolah ini terutamanya ahli-ahli pemegang syer untuk mengisi kekosongan jawatan AJK dan AJKK yang baru untuk tahun 2010.

Pelajar yang berminat boleh berhubung terus dengan guru-guru di koperasi ataupun datang berjumpa dengan Puan Norizah Abdul Rahman untuk sesi temuduga. Setiap permohonan perlulah disertakan dengan butiran peribadi yang lengkap.

"KOPERASI KITA, TANGGUNGJAWAB KITA BERSAMA".

Jualan Buku Di Koperasi Bermula 29 Disember 2009.

Koperasi akan mula dibuka untuk jualan sesi persekolahan 2010 pada 29 Disember sehingga 3 Januari 2010 iaitu beroperasi selama satu minggu sahaja dalam cuti persekolahan pada tahun ini. Pada tahun-tahun lepas, koperasi berurusniaga selama dua minggu dalam masa cuti persekolahan tetapi oleh kerana kurang sambutan daripada pelajar dan ibubapa, pihak pentadbiran koperasi telah memendekkan tempoh operasinya pada tahun ini.

Waktu operasi adalah dari jam 9.00 pagi sehingga jam 3.00 petang, setiap hari seperti yang telah dijadualkan termasuklah hari cuti umum.

Pelajar dan ibubapa digalakkan datang berurusan pada minggu ini untuk melengkapkan barang keperluan sekolah supaya tidak berlaku "kesesakkan" di koperasi terutamanya pada minggu awal persekolahan.

Kerjasama pelajar dan ibubapa amatlah dihargai.

Sabtu, Jun 06, 2009

Koperasi Dan Hari Guru

Hari Guru di sambut di sekolah kami pada 18 Mei 2009. Pelbagai aktiviti telah dijalankan dengan meriah sekali.

Pihak koperasi juga telah mengambil bahagian dalam sambutan Hari Guru pada tahun ini dengan memberi cenderahati kepada Kelab Guru.

Bentuk sumbangan tersebut ialah sebuah Kipas Panasonic Berkaki untuk di letakkan ruang rehat guru, memandangkan tempat tersebut masih tidak mempunyai kemudahan tersebut.

Di harapkan guru-guru akan lebih selesa. Selamat Hari Guru Cikgu-Cikgu!.

Laporan Aktiviti Koperasi

Aktiviti utama di koperasi ialah jualan barangniaga, tetapi bagi tahun ini item jualan telah ditambah dan dipelbagaikan. Antara jualan yang mendapat sambutan ialah jualan Aiscream Nestle daripada ahli, terutamanya di kalangan guru-guru. Terima kasih cikgu!.

Selain itu, pihak koperasi telah memberikan kerjasama yang baik dengan Unit Kokokurikulum sekolah dengan memberi bantuan Pinjaman Pendahuluan. Pinjaman pendahuluan ini biasanya diberikan kepada Badan Beruniform mahupun Kelab Sukan Permainan yang akan menjalankan aktiviti-aktiviti di peringkat daerah tetapi menghadapi masalah kewangan. Koperasi sedia membantu.

Sepanjang tahun lepas, pihak koperasi juga telah membuat amal kebajikan dengan mengagihkan sebahagian daripada keuntungan koperasi kepada 21 orang pelajar miskin yang juga merupakan ahli koperasi. Diharapkan dengan bantuan ini dapat meringankan beban perbelanjaan mereka, di samping dapat meningkatkan pencapaian akademik masing-masing.

Pembayaran Dividen 30% - 2008

Kepada semua guru dan pelajar yang telah membeli saham Koperasi SMKTBR1 Hulu Selangor Berhad, pihak Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan Koperasi SMKTBR1 Hulu Selangor Berhad telah mencapai kata sepakat untuk mengagihkan dividen sebanyak 30% kepada semua ahli bagi tahun kewangan 2008.

Pembayaran dividen ini merupakan kali ke 2 telah dibuat oleh pihak koperasi. Kali pertama dibuat pada tahun lepas, bagi tempoh kewangan 2007.

Sehubungan dengan itu, semua dividen ini akan ditambahkan ke dalam modal syer masing-masing selewat-lewatnya pada akhir bulan Jun ini. Pihak koperasi meminta semua pemegang syer datang ke koperasi menyemak senarai saham masing-masing.

Bagi mana-mana guru dan pelajar yang masih belum membeli saham, pihak koperasi mengalu-alu untuk datang ke koperasi mengambil borong keahlian beserta wang tunai untuk pendaftaran dan saham. Sokonglah koperasi anda.

Juga kepada pemegang-pemegang saham tersedia ada, digalakkan untuk menambah pelaburan pokok anda dan pihak koperasi juga ingin mengucapkan terima kasih di atas sokongan anda selama ini kepada koperasi.