Selasa, Disember 08, 2009

Pengambilan AJK & AJKK Baru Tahun 2010

Pihak pentadbiran koperasi membuka peluang kepada semua pelajar di sekolah ini terutamanya ahli-ahli pemegang syer untuk mengisi kekosongan jawatan AJK dan AJKK yang baru untuk tahun 2010.

Pelajar yang berminat boleh berhubung terus dengan guru-guru di koperasi ataupun datang berjumpa dengan Puan Norizah Abdul Rahman untuk sesi temuduga. Setiap permohonan perlulah disertakan dengan butiran peribadi yang lengkap.

"KOPERASI KITA, TANGGUNGJAWAB KITA BERSAMA".

Jualan Buku Di Koperasi Bermula 29 Disember 2009.

Koperasi akan mula dibuka untuk jualan sesi persekolahan 2010 pada 29 Disember sehingga 3 Januari 2010 iaitu beroperasi selama satu minggu sahaja dalam cuti persekolahan pada tahun ini. Pada tahun-tahun lepas, koperasi berurusniaga selama dua minggu dalam masa cuti persekolahan tetapi oleh kerana kurang sambutan daripada pelajar dan ibubapa, pihak pentadbiran koperasi telah memendekkan tempoh operasinya pada tahun ini.

Waktu operasi adalah dari jam 9.00 pagi sehingga jam 3.00 petang, setiap hari seperti yang telah dijadualkan termasuklah hari cuti umum.

Pelajar dan ibubapa digalakkan datang berurusan pada minggu ini untuk melengkapkan barang keperluan sekolah supaya tidak berlaku "kesesakkan" di koperasi terutamanya pada minggu awal persekolahan.

Kerjasama pelajar dan ibubapa amatlah dihargai.