Isnin, Disember 31, 2007

Ingin Menjadi AJK Koperasi 2009

Kepada pelajar Tingkatan 2 dan Tingkatan 4 tahun 2009, pihak Koperasi SMKTBR (1) Hulu Selangor Berhad dalam proses mencari barisan AJK baru bagi membantu pengurusan koperasi melaksanakan aktiviti-aktiviti sepanjang tahun 2009. Tindakan ini diambil bagi membolehkan jawatan-jawatan yang dipegang oleh pelajar Tingkatan 5 dikosongkan. Adalah diharapkan pelajar-pelajar ini akan mempunyai banyak masa untuk membuat persediaan diri untuk menghadapi peperiksaan SPM yang tidak lama lagi.
Bagi pelajar-pelajar baru yang berminat, borang permohonan akan dimuat naik di dalam blog ini pada minggu kedua selepas cuti persekolahan penggal ke dua. Borang boleh dimuat turun bermula pada 25 Jun 2009. Pemilihan AJK akan dibuat berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan. Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada mana-mana guru koperasi atau boleh datang ke kaunter koperasi untuk berjumpa mana-mana AJK.

2 ulasan:

vanessa berkata...

hai...sye nie AJK koperasi....
best kalo korang dpt jd AJK!!!

soon berkata...

salam...saya ni bekas AJK KOPERASI SMKTBR..mmg tak rugi la jadi ajk koperasi..dapat banyak pengalaman...banyak kenangan yg dicipta...=]
harapan saya semoga koperasi smktbr terus maju...=]